Ahad, 27 Julai 2014

16 jam ke Kota Bharu, 11 jam Alor Setar

MALAYSIAKINI



 
 
 
Kesesakan jalan raya teruk dilaporkan berlaku untuk perjalanan ke utara dan Kelantan menjelang hari raya Aidilfitri esok atau lusa.

Perjalanan ke Kota Bharu dilaporkan mengambil masa sehingga 16 jam manakala ke Alor Setar pula 11 jam semalam, lapor Berita Harian.

Kesesakan teruk itu juga menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa berhenti di hentian rehat dan rawat (R&R), bersahur di stesen minyak dam beratur satu jam untuk mengisi petrol, lapor harian itu lagi.

“Kami sekeluarga terpaksa menempuh perjalanan selama 16 jam untuk ke Kota Bharu, Kelantan dan menggunakan inisiatif lain melalui jalan kampung.

“Saya ingatkan dengan melalui jalan kampung keadaan jalan semakin lancar, tetapi sama juga seperti melalui lebuh raya,” seorang pengguna Khairizan Sabtu, 48, dipetik sebagai berkata.

Tinjauan BH di tol Sungai Besi ke arah Selatan dan Pantai Timur bagaimanapun mendapati kenderaan lancar.

Jurucakap trafik Bukit Aman dilaporkan berkata, pihaknya membuka satu lorong tambahan di lebuh raya arah selatan untuk perlawanan ke arah utara.
 

Tiada ulasan: