MALAYSIAKINI
Usaha kerajaan Selangor memastikan bekalan air mentah cukup sepanjang
perayaan Aidilfitri didakwa cuba disabotaj oleh sekumpulan samseng
bersenjata menyebabkan operasi pengepaman air ke sungai terganggu lima
jam.
Exco belia dan sukan, infrastruktur dan kemudahan awam Ahmad Yunus Hairi (gambar sebelah, kanan sekali) berkata, keadaan itu menyebabkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.
Katanya, sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan pengendali pam di Bestari
Jaya diugut dan terpaksa meninggalkannya atas faktor keselamatan.
“Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan
operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas,” kata Yunus.
Katanya, laporan polis juga dibuat di balai polis Bestari Jaya dan
kerajaan negeri berharap polis akan meningkatkan keselamatan dan
menyiasat secepat mungkin agar ia tidak berulang.
“Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi
memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh
pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan