Ahad, 27 Julai 2014

Hadi Awang Tetap Pendirian,Sokong Khalid Kekal MB

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
KUALA TERENGGANU - Walaupun didesak PKR untuk menghormati keputusan Majlis Pimpinan Pakatan baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap tegas dengan pendiriannya, mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Beliau tidak mahu memberi kenyataan lebih panjang, sekadar menjelaskan kenyataan yang dibuatnya kelmarin sudah cukup untuk menggambarkan pendiriannya itu, iaitu beliau tetap akan menyokong Abdul Khalid terus menerajui Selangor hingga tamat penggal.
 
“Cukup dengan kenyataan yang dibuat. Macam (yang kata) semalam, (pendirian saya) tak ubah. Habis setakat itu. Apa yang saya cakap semalam (kelmarin), itulah (hakikatnya). Saya tak ubah,” katanya yang ditemui selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Rusila, semalam.
 
Sebelum ini,Abdul Haditelah menyatakan pendiriannya untuk berada di belakang Abdul Khalid dan keputusan tersebut dibuat setelah mengambilkira pendapat dari akar umbi PAS yang majoritinya menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim bagi meneruskan khidmatnya selaku Menteri Besar.

Tiada ulasan: