MALAYSIAKINI
Ketua menteri Pulau Pinang tidak sepatutnya "melenting" dengan
kenyataan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa
mendakwa Islam terancam di Pulau Pinang kata kumpulan pendesak Melayu
PERKASA.
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata Lim bersikap tidak matang dan
bersifat tidak seperti negarawan kerana memanggil Abdul Hamid "penipu
dan rasis" kerana mendedahkan dakwaan daripada seorang bekas mufti Pulau
Pinang yang tidak dinamakan itu.
"Banyak lagi yang menghina Islam menerusi ucapan, media sosial dan blog
tetapi Lim tidak memberi reaksi sebegitu. Kenapa ketika itu beliau
senyap sahaja," tanya Ibrahim ketika ditemui bersahur di Pulau Pinang
awal pagi ini.
"Dia tidak berlu bertindak sebegitu. Sebagai ketua menteri, dia patut
berikan bukti, fakta. Beritahu kami sejak mereka (DAP) ambil alih pada
2008, kita hanya mahu tahu berapa banyak dana mereka berikan untuk
aktiviti Islam," kata beliau.
Ibrahim turut menekankan sebagai ketua menteri, Lim sepatutnya memberi
respon kepada Abdul Hamid bukan berlagak seperti "pemimpin jalanan."
Lim sebelum ini mencadangkan bekas ketua hakim itu mendapatkan
kaunseling kerana dakwaan beliau bukan hanya tidak berasas tetapi tidak
patut berdasarkan kedudukan beliau sebagai bekas ketua hakim
Exco Kerajaan Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam,
Abdul Malik Kassim mengecam bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid
Mohamad yang mendakwa bahawa Islam terancam di negeri majoriti bukan
Islam itu.
Malik menyifatkan dakwaan bekas ketua hakim itu sebagai "karut sama
sekali, tidak berasas dan banyak berasas kepada khabar angin".
Dalam ucapannya di
majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam kelmarin, Hamid, antara
lain, mendakwa bahawa mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah
susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang,
kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan