MALAYSIAKINI
Kerajaan sudah mendapat persetujuan pemisah Ukraine bagi membenarkan
polis antarabangsa ditempatkan di tapak nahas MH17 dan memberikan
perlindungan untuk pasukan penyiasat.
Pemimpinnya Alexander Borodai menyatakan persetujuannya ekoran
perjanjiannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini,
menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
“Perdana menteri Najib sudah bercakap dengan perdana menteri Belanda dan
Australia, dan tiga negara yang sedang bersedih itu bersetuju
bekerjasama secara rapat menempatkan pegawai polis,” menurut kenyataan
itu.
Najib pada 22 Julai lalu mengumumkan perjanjian tiga perkara dengan
Borodai, iaitu penyerahan kotak hitam MH17 kepada Malaysia, pemulangan
mayat mangsa dan jaminan keselamatan kepada penyiasat bebas antarabangsa
di tapak nahas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan