WhatsApp salah seorang pemimpin
tinggi PAS yang telah bocor yang mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sedang
menjadi isu besar yang di gunakan oleh PKR dan DAP terhadap PAS. Isu ini
menambahkan kebarangkalian perpecahan dalam Pakatan Rakyat lanjutan dari isu
usaha Anwar mahu menukar Menteri Besar Selangpr dengan isterinya sendiri.
Ini isu yang agak besar
‘consequence’ nya jika ia tidak ditangani dengan cepat dan betul. Apakah dia tindakan yang betul dan tepat itu biarlah
masing-masing pihak menentukannya kerana perbezaan dan pertelingkahan
dikalangan pemimpin dalam Pakatan Rakyat sekarang bertambah besar. Kita tidak
tahu apa yang tepat kepada PKR dan PAS mahu pun DAP.
Tetapi pandangan yang tidak
sepertinya dari orang seperti saya tindakan yang tepat itu ialah dengan
membatalkan sahaja niat Anwar meletakan isterinya itu sebagai MB Selangor.
Biarkan ‘status quo’ berjalan seperti biasa. Parti ada hak untuk menentukan
siapa Menteri Besar selepas pilihanraya umum yang akan datang. Tetapi keadaan
ini payah untuk diperbetulkan lagi kerana setiap pemimpin dalam Pakatan dan
yang terakhir sekali ialah serangan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Seremban,
Loke terhadap PAS semalam.
PKR dan PR sudah tiada masa untuk
menumpukan terhadap isu negara. PKR dan DAP sedang menumpukan masa dan tenaga
mereka untuk menegakkan benang basah mereka sambil mendesak PAS mengambil
tindakan terhadap Mohd Zuhdi Marzuki, pengarah 'operation research centre’ PAS
yang memberikan respond kepada whatsApp rahsia seorang pemimpin tertinggi PAS.
Walaupun Zuhdi tidak menyokong
tindakan keluar dari PR tetapi beliau mempunyai imaginasi yang jika PAS keluar
dari Pakatan Rakyat, PAS boleh kekal sebagai pemegang kuasa tetapi kali ini
bersama UMNO dan Khalid pun diterima oleh UMNO jika dijadikan Menteri Besar
terus-terusan. Kenyataan Zuhdi yang ini merupakan cara untuk mengekalkan kuasa
politik Melayu dan Islam dan dengan kuasa yang diperolehi dengan undi
kemenangan yang simple dalam DUN Selangor itu boleh menyelesaikan banyak
masalah orang Melayu Islam.
Kuasa ini boleh dikekalkan dengan
melakukan perubahan kawasan pilihanraya tahun hadapan yang memberikan
keuntungan kepada Melayu, dan ia tentulah memberikan keuntungan kepada PAS
juga. Ramai dikalangan pemimpin PKR dan DAP begitu berang dengan kenyataan Mohd
Zudi ini dan mahu PAS mengambil tindakan terhadap pengarah operasi ‘research
Centre’ PAS ini.
Apa yang disebut oleh pemimpin
PAS ini sememangnya perasaan dan pandangan pihak bawahan (rakyat) yang ramai
ini. Sesungguhnya PAS sememangnya tidak sesuai dengan DAP kerana banyak perkara
yang bersalah-salahan diantara kedua pihak dalam isu agama dan kerajaan Islam
yang doperjuangkan oleh PAS itu. Perasaan saling tidak mempercayai diantara
satu dengan yang lain itu memangnya wujud selama ini, tetapi kerana keterdesakan
masing-masing bekerjasama untuk mendapatkan kuasa kerajaan diPutrajaya.
PAS mulai sedar yang mereka telah
diperkudakan oleh pihak yang tidak mahu Islam itu diutamakan.
Apabila sudah berlaku
perselisihan ini secara terbuka maka ramai diantara ahli-ahli PAS dan mungkin
pemimpinnya sekali yang kerjasama dengan UMNO itu merupakan jalan yang terbaik,
jika tidak dapat melaksanakan hukum islam itu setidak-tidaknya serangan
terhadap hukum islam itu akan berkurangan dari UMNO, kerana sebusuk-busuk UMNO mereka
adalah Islam yang boleh bercakap tentang isu kerajaan islam itu. Busuk-busuk
bau UMNO itu ia adalah bau orang Melayu islam juga. Carik-carik bulu ayam, lama
kelamaan bercantum juga akhirnya. Cincang air tidak akan putus.
Jika perjuangan untuk islam itu
adalah lebih baik dengan UMNO kata setengah orang PAS sekarang ini kerana jika
diminta dari DAP untuk membantu usaha PAS dalam hal islam ini tidak mungkin
diperolehi. DAP pernah bercakap yang mereka tidak akan menyokong perjuangan
Islam PAS itu, dan ada pemimpin parti itu berkata perjuangan islam itu akan
hanya boleh dilakukan ‘over his dead body’ dan berbagai-bagai lagi.
Semua perlu ingat penyatuan
Melayu itu adalah perkara yang amat di geruni oleh setengah pihak dalam Pakatan
Rakyat itu. Apa yang dirasakan oleh setengah pimpinan PAS yang mengekalkaan kuasa di Selangor dengan UMNO
itu mungkin jalan yang terpaksa diambil kerana kerjasama dengan PKR,
lebih-lebih lagi dengan DAP itu merupakan kerjasama yang tidak mantap kerana
terlalu banyak perbezaan dari ‘attribute’ parti-parti itu yang bertentangan
dengan PAS.
Tuduhan PKR yang PAS memungkiri
janji yang telah secara senyap-senyao dipersetujui diantara parti-parti
dalam
PR itu tidak perlu dijadikan halangan untuk membuat apa-apa tindakan
untuk PAS untuk kepentingan Melayu Islam tadi. Jika ada perjanjian yang
boleh memudharatkan keadaan
negara dan Islam itu yang belum terlaksana tidak ada sebab PAS tidak
boleh
mengubahnya jika didapati perjanjian itu adalah perjanjian yang
memungkinkan membawa
kerosakan bangsanya sendiri, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan
agamanya.
Jika ada persetujuan unyuk
membunuh seseorang misalnya, maka kita boleh menarik balik persetujuan itu
kerana membunuh itu adalah kesalahan. Begitu juga dengan PAS jika dilaksanakan
perjanjian atau ‘understanding’ yang belum terlaksana, PAS boleh untuk tidak
menghormatinya jika ia membawa mudarat kepada kepada kerajaan dan rakyat Selangor
yang sudah tersedia baik sekarang ini.
Hanya jika PAS berbincang untuk
bersama kepimpinan pusat UMNO hari ini sahaja yang memungkinkan tindakan itu
sebagai tindakan yang salah kerana tidak mungkin PAS boleh memperbaiki akhlak
pimpinan UMNO terutamanya diperingkat pucuk pimpinannya.
PAS boleh memainkan peranan untuk
membetulkan UMNO itu sendiri jika parti ini seriius untuk membawa perubahan
yang sejati. Alang-alang sudah berada dalam situasi sebegini, PAS boleh membawa
perubahan itu kerana parti itu (PAS) merupakan parti yang sangat ber
‘consequence’ sekarang ini.
PAS boleh bersama setengah pimpinan UMNO memainkan peranan untuk melihat ‘new politics’ di negara kita yang amat memerlukan perubahan ini. Blog ini tidak pernah jemu menyebut isu perubahan yang drastik yang membawa kebaikan hakiki untuk semua bangsa dan negara kita ini.
PAS boleh bersama setengah pimpinan UMNO memainkan peranan untuk melihat ‘new politics’ di negara kita yang amat memerlukan perubahan ini. Blog ini tidak pernah jemu menyebut isu perubahan yang drastik yang membawa kebaikan hakiki untuk semua bangsa dan negara kita ini.
1 ulasan:
Setuju 100%
Catat Ulasan