MALAYSIAKINI
Jika tol baharu dikenakan atau kadar tol dinaikkan oleh Malaysia di
Tambak Johor, kerajaan Singapura akan menyesuaikan pelaksanaan tol
baharu dan kenaikan kadar tol itu dalam masa terdekat, kata Pihak
Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA)
Ini kerana telah menjadi amalan kerajaan Singapura untuk menetapkan
kadar tol Singapura supaya disesuaikan dengan kadar yang ditetapkan oleh
Malaysia di Tambak dan Link Kedua, kata jurucakap LTA dalam satu
kenyataan semalam.
Berhubung pertanyaan media, jurucakap itu menarik perhatian kepada
laporan media bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia akan menaikkan kadar tol
bagi semua kenderaan, kecuali motosikal bagi perjalanan dari Singapura
ke Johor melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ)
berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2014.
Jurucakap itu berkata perubahan kadar tol itu adalah berbeza dengan
pengumuman Malaysia sebelumnya untuk melaksanakan caj Permit Masuk
Kenderaan (VEP) ke atas kenderaan asing yang memasuki Johor.
"Kerajaan Singapura belum menerima apa-apa maklumat daripada pihak
berkuasa Malaysia mengenai tol baru atau kenaikan bayaran tol dan telah
meminta pengesahan rasmi daripada Kerajaan Malaysia berhubung laporan
media itu.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan