Sabtu, 26 Julai 2014

Astro : Foto Jenazah Dililit Ular Rakaman 'Tanah Kubur'

RAKYATNEWS


alt
 


Beberapa foto jenazah dililit seekor ular yang tersebar di beberapa laman blog baru-baru ini merupakan salah satu babak dalam drama bersiri Tanah Kubur : Kutuk Azan.

Pengurus saluran Astro Oasis, Namanzee Harris berkata, gambar yang diambil oleh salah seorang krew produksi drama bersiri itu telah tersebut dan disalahgunakan sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai.

"Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.

"Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi," katanya memetik laporan MStar Online hari ini.

Beliau turut terkejut dengan penyebaran foto itu setelah dimaklumkan dari beberapa rakan untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari pihaknya.

"Beberapa hari lalu ada beberapa rakan yang hantar gambar ini kepada saya, mula-mula saya tengok macam betul tetapi bila lihat betul-betul ia nampak ular itu seperti sudah diatur dan sedia untuk penggambaran.

"Kalau orang luar lihat mungkin akan mempercayainya, lagi pula kononnya ia berlaku pada bulan Ramadan ini," katanya.

Sebelum ini, beberapa blog telah mencetuskan kerisauan masyarakat apabila melaporkan beberapa keping gambar yang disebarkan yang memperlihatkan jenazah sedang disembahyangkan dilingkari seekor ular sawa.

Gambar yang dikatakan merupakan kejadian sebenar didakwa kononnya berlaku di utara tanah air.

Drama Tanah Kubur: Kutuk Azan itu bakal ditayangkan tidak lama lagi bagi musim ke-12.

Tiada ulasan: