MARAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan
waris 15 kru Pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang terkorban
ketika bertugas akan mendapat faedah gaji bulanan di bawah Skim Bencana
Pekerjaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata bayaran itu akan dilakukan sebaik sahaja segala urusan dokumentasi, yang sedang dilakukan, selesai.
Bagaimanapun, ia tertakluk pada jumlah gaji akhir mangsa. Beliau berkata di bawah skim itu, jika mangsa memperoleh gaji bulanan RM3,000 dan ke atas mereka layak mendapat bayaran sehingga RM2,750 dan jika gaji di bawah RM3,000 kadar harian minimum adalah RM30 sehari.
“Kementerian akan memastikan urusan pembayaran faedah kepada waris dapat dilaksanakan dengan cekap sebagai tanda simpati kita terhadap waris,” katanya.
Ismail, yang juga Anggota Parlimen Maran berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuih raya kepada perantau yang pulang ke kampung di Tol Maran, hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan