Rabu, 30 Julai 2014

Poll: 62% mahu Khalid dilantik MB semula jika DNS bubar

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM :61.85 peratus pembaca portal Astro Awani, www.astroawani.com mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor jika mereka diberi mandat semula melalui satu Pilihan Raya Negeri.

Undian yang dilancarkan sejak kelmarin itu juga menunjukkan 9.07 peratus memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 4.62 peratus memilih Iskandar Samad (ADUN Cempaka) dan 4.58 peratus lagi Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa).
Sementara itu, 19.94 peratus lagi menjawab ‘bukan yang di atas’ bagi soalan ‘siapa patut jadi MB Selangor’ (jika DUN Selangor bubar) itu.

.Bagi soalan ‘adakah wajar bagi DUN Selangor dibubar untuk mendapat mandat baru rakyat’ sebanyak 65.68 peratus menjawab tidak perlu berbanding 34.32 peratus lagi bersetuju dibubarkan.

Sementara itu, bagi soalan ketiga pula 50.52 peratus percaya Pakatan Rakyat (PR) akan berpecah selepas sambutan Aidilfitri kali ini berikutan kemelut Menteri Besar Selangor itu berbanding 31.72 peratus menjawab ‘tidak’ dan 18 peratus lagi tidak tahu.

Undian berkenaan adalah tinjauan umum kedua dijalankan sejak tercetusnya kemelut kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

jiwa rakyat aSebelum ini, kedudukan terkini ‘polling’ yang dijalankan poll.pollcode.com sejak 23 Julai lalu, seramai 5,758 atau 82 peratus memilih Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor berbanding seramai 661 orang atau sembilan peratus mahukan Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid.

Keputusan terkini itu menunjukkan peningkatan sokongan terhadap Abdul Khalid apabila 2,983 undi memilih beliau setakat jam 9.00 pagi, pada 24 Julai lalu.

Keputusan terkini juga menunjukkan seramai 126 orang atau dua peratus dalam ‘polling’ sama pula memilih Mohamed Azmin dan 499 (7 peratus) lagi memilih DUN Selangor dibubarkan.-NFN-

Tiada ulasan: