Rabu, 30 Julai 2014

MH17: "Ia Adalah Serangan Roket" - PBB

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
 
KIEV: Analisis kotak hitam daripada pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 menunjukkan ia terhempas musnah akibat serangan roket yang menyebabkan 'letupan besar-besaran'.
 
Kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serangan itu kini disiasat sebagai jenayah perang.
 
Kiev dan Barat menuduh pemberontak pro-Rusia menembak jatuh kapal terbang berkenaan dan Kesatuan Eropah (EU) merangka sekatan lebih keras terhadap Rusia.
 
Antara sekatan yang dipertimbangkan ialah terhadap sektor ekonomi termasuk sekatan senjata.
 
Moscow, bagaimanapun menyifatkan langkah yang dilakukan EU itu sebagai 'tidak bertanggungjawab'.
 
Ia berkata kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab terhadap serangan ke atas pesawat MH17 yang mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal.
 
Jurucakap Majlis Keselamatan Ukraine, Andriy Lysenko, pada sidang akhbar di sini berkata, pakar-pakar yang menganalisis perakam dari pesawat itu membuat kesimpulan bahawa serangan roket menjadi punca MH17 terhempas di wilayah pemberontak di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
 
Britain ditugaskan untuk memuat turun data dari kedua-dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas.

Tiada ulasan: