KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lokasi di Lebuhraya
Utara-Selatan (PLUS) arah utara sehingga 1 tengah hari tadi dilapor
bergerak perlahan, termasuk di Slim River ke Sungkai dan Tapah ke
Gopeng.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata, pergerakan
trafik juga perlahan dari hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban ke
arah Seremban.
"Berlaku kemalangan kecil melibatkan empat kereta di KM265.2 arah
Nilai ke Seremban. Namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,"
katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, trafik dijangka meningkat di sebelah petang berikutan
orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman di saat akhir
untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata,
aliran trafik di lebuh raya utama lain perlahan namun terkawal.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian
bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di
www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman
Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dijangka berada dalam keadaan terkawal biarpun pergerakan kenderaan dari arah ibu negara bertali arus.
Naib Presiden Kanan Anih Berhad, Radzimah Radzi berkata, keadaan ini akan berterusan sehingga sebelah petang.
"Bagaimanapun pada sebelah malam, keadaan trafik pada hari ini masih tidak boleh dijangkakan.
"Tetapi kami mengharapkan agar gelombang balik kampung terutamanya ke
arah pantai timur akan berakhir sehingga lewat malam ini," katanya
ketika dihubungi di sini hari ini.
"Jumlah keseluruhan trafik yang telah melalui lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) semalam mencatat sebanyak 174,880.
"Manakala di LPT dalam anggaran sejumlah 94,899 buah kenderaan," katanya.
Sebarang maklumat lanjut, Pengguna jalan raya boleh mengikuti laporan
terkini LPT di akaun Twitter@LPTTrafik atau layari laman sesawang
www.anihberhad.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan