Rabu, 30 Julai 2014

Polis Belanda Terima 150 Imej, Video Nahas MH17

MSTAR ONLINE
 
 
Seorang wanita mengambil gambar serpihan bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas di timur Ukraine. Foto Reuters

 
THE HAGUE: Sejumlah saksi memuat naik sebanyak 150 gambar dan video di laman web polis Belanda bagi membantu mendapatkan maklumat dalam siasatan nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine, kata seorang jurucakap.

Polis mengemukakan permintaan itu secara dalam talian pada minggu lalu bagi mendapatkan imej lokasi nahas iaitu sebelum, semasa dan selepas kejadian, bagi membantu siasatan.

Sejak 'server' di laman web itu dibuka pada Jumaat lepas sehingga Isnin, sebanyak 150 telah dimuat naik menerusi portal dalam empat bahasa iaitu Belanda, English, Rusia dan Ukraine, kata jurucakap, Franki Klarenbeek kepada AFP.

Difahamkan, lebih banyak gambar akan dimuat naik di dalam 'server' itu.
iklan
"Kita belum pasti dari mana imej-imej itu, tetapi kita tahu mereka memuat naiknya di empat portal berlainan bahasa," kata Klarenbeek.

Menurut laman web tersebut, permintaan yang dilakukan secara dalam talian itu "menyasarkan secara khusus orang di kawasan nahas".

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di timur Ukraine di mana pertempuran antara tentera Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia berlaku.

Belanda mengetuai siasatan nahas dan pengecaman mayat mangsa di mana seramai 193 rakyatnya terbunuh dalam kejadian itu. - AFP

Tiada ulasan: