Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS
Terbaik Malaysia 2014 secara khususnya telah pun dikeluarkan. Ranking
universiti terbaik Malaysia 2014 disusun berdasarkan kajian
yang dikeluarkan secara terperinci oleh Quacquarelli Symonds (QS). Di
Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti baik IPTS mahupun
IPTS. Kebanyakannya hebat-hebat belaka.
Universiti sendiri merupakan institusi
pengajian tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di
pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada
frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa
maksudnya?
“masyarakat pakar dan pengkaji”
Semoga senarai ranking universiti
terbaik di Malaysia 2014 (IPTS @ IPTA) kali ini menjadi panduan untuk
kalangan anda untuk membuat pilihan di mana halatuju dan destinasi
pembelajaran selepas ini. Rasanya ramai di antara pembaca Berita Semasa)
juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti IPTA atau IPTS
tidak lama lagi. Tetapi persoalannya di mana selama tempoh 3 atau 5 tahun pengajian anda yang seterusnya selepas ini?
Senarai ranking universiti terbaik
Malaysia 2014 ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan
yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia
bagi tahap yang lebih baik oleh QS
Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia?
- Universiti Malaya (UM) – IPTA
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - IPTA
- Universiti Sains Malaysia (USM) - IPTA
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - IPTA
- Universiti Putra Malaysia (UPM) - IPTA
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - IPTA
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - IPTA
- Universiti Multimedia (MMU) - IPTS
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) - IPTA
- Universiti Teknologi Petronas (Petronas) - IPTS
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - IPTS
- Universiti Utara Malaysia (UUM) - IPTA
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). - IPTA
- Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing - IPTS
- Universiti Malaysia Pahang (UMP) - IPTA
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - IPTA
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - IPTA
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS
Berdasarkan senarai ranking universiti terbaik Malaysia
2014 (IPTA & IPTS), Universiti Multimedia (MMU), Universiti
Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (Petronas),
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM),
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada dalam senarai ranking 250
universiti terbaik di Asia.
Manakala Universiti Teknologi Kreatif
Limkokwing, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia
Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia
(UTHM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pula berada dalam
lingkungan dan kelompok senarai ranking 300 universiti terbaik di Asia.
Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014? Kedudukan di Asia?
- Universiti Malaysia Sarawak (UniMas) – 200 terbaik Asia
- Universiti Islam Antarabangsa (UiAM) – 151-160 terbaik Asia
- Universiti Putra Malaysia (UPM) – ranking 72 terbaik di Asia & 411-420 terbaik dunia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – ranking 68 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
- Universiti Sains Malaysia (USM) – ranking 61 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – ranking 72 terbaik di Asia & 269 terbaik dunia
- Universiti Malaya (UM) – ranking 33 terbaik di Asia & 167 terbaik dunia
Walau dimanapun kedudukan ranking
universiti anda, apa yang penting di sini, adalah ilmu & pengalaman
selama tempoh anda berada di universiti. Gunakanlah peluang yang diberikan dengan sebaiknya.
Ya…..ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor. Tetapi bagaimana
anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari, itu ada lebih penting
sebenarnya.
P/S : Semoga senarai ranking universiti
terbaik Malaysia 2014 yang dikeluarkan ini menjadi satu motivasi kepada
semua pusat pengajian supaya bangkit dan keluar untuk terus bersaing
dengan kelompok elit universiti di peringkat Asia mahupun dunia.
P/S : Apa pendapat anda sebagai
pendidik, bekas pelajar dan sedang menuntut di mana-mana pusat pengajian
dengan senaraian di atas ini?
1 ulasan:
Peranan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) penting dalam perkembangan pengajian tinggi Negara dari segi penyediaan peluang pengajian, penjimatan pertukaran wang asing dan sumbangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.
IPTS Malaysia telah berkembang dengan pesatnya pada tahun sejak 1980-an. IPTS telah menawarkan kursus-kursus pengajian di peringkat sijil dan diploma secara kerjasama dengan universiti atau badan professional dari luar Negara.
Catat Ulasan