Oleh DR DZULKEFLY AHMAD
1. Sebelum tragedi kehilangan MH370, MAS telah pun melaporkan tentang kerugian terbesarnya RM1.17 bilion untuk tahun kewangan 2013 berbanding RM432.57 juta untuk tahun 2012. Ia merupakan 3 kali ganda kerugian tahun sebelumnya.
Segala harapan untuk menyaksikan MAS mampu untuk menjayakan program ‘pemulihan’ atau ‘turnaround’tahun ini 2014, tampaknya pasti akan tertangguh.
2. Untuk ingatan umum, kali terakhir keuntungannya adalah dalam tahun 2010 dan terkini, 70% saham MAS masih dipegang oleh Khazanah Nasional. Saham MAS juga pernah jatuh ke paras 24 sen sejak kehilangan MH370 ini.
3. Pastinya dengan krisis malang ini kedudukan kewangan MAS akan menjadi lebih tertekan dan parah lagi.
4. MAS berdepan dengan bayaran gantirugi ke kepada keluarga mangsa ratusan juta ringgit dan juga penurunan jualan tiket penerbangan. Sebahagian akan dibayar oleh pihak insuran.
5. Sukar untuk dibuat congakan tentang taksiran kerugian dan impak kewangan ‘Search and Rescue’ atau SAR dan seluruh aspek pengurusan yg tentunya jauh lebih kompleks dan ektensif. Kos juga termasuk menerbangkan keluarga ke Perth Australia di mana tempat pencarian sekarang ini sedang dilakukan.
6. Sebagai perbandingan Air France yang hilang dalam perjalanan dari Rio de Jenario ke Paris pada 2009, menelan belanja RM145 juta atau €32 juta utk carian selama 5 hari. Namun bangkai pesawat dan kotak hitam hanya diketekui dua tahun kemudian.
7. Melibatkan 26 buah negara seluruh dunia, termasuk China yang menghantar 7 dari 40 kapal penyelamat mereka, dianggarkan oleh pakar-pakar bahawa ia akan menelan ratusan juta dollar Amerika.
8. Rabu lalu pihak Pentagon sahaja, contohnya, dalam cariannya akan Kotak Hitam, menganggarkan kos seluruh perbelanjaan mobilisasi pesawat dan asset-aset navynya dalam lingkungan USD 3.3 juta.
9. Vietnam pula telah membelanjakan lebih dari USD 8 juta dalam operasi mecari dan menyelamat, SAR MH370 di kawasan Laut China Selatan. Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helicopter. Sementara itu, Singapura melibatkan dua kapal perang dan helikopter tentera laut mereka.
10. Bayaran awal USD5000 atau RM16,500 dibayar oleh kerjaan Malaysia kepada setiap keluarga mangsa. Mengikut perjanjian antarabangsa MAS akan membayar USD 175, 000 setiap mangsa. Andainya MAS yang disabitkan salah kemudian, maka bayaran akan ditambah lagi.
11. Sebaliknya, MAS telah melaporkan bahawa mereka telah mendapat bayaran USD100 juta dari pihak Boeing sebagai gantirugi utk kehilangan MH370 777-200ER jetliner malang itu.
12. Bercakap tentang apakah MAS akan terkesan di segi trafik penumpangnya? Pengalaman menunjukkan tragedi ini meninggalkan impak kepada penumpang meskipun tidak lama 5 ke 6 bulan. Itu lazim diperhatikan mengikut penganalisis.
13. Menurunkan harga tambang boleh membantu memikat sentiment penumpang, tetapi tidak membantu penjanaan pendapatan yang telah sedia terjejas kerana tawaran MAS sebelum tragedi pun telah sedia rendah kerana mengatasi persaingan sengit.
14. Menurunkan tambang akan terus menjejaskan kewangan MAS kerana pastinya tidak dapat mengatasi ‘kos per unit’ atau kos operasi setiap passenger setiap kilometre perjalanannya (CASM).
15. Sementara umum mudah memahami apakah impak kewangan yang akan dialami setelah ditimpa musibah MH370 ini, negara masih tercari-cari sentuhannya dan strategi berbisa untuk mengeluarkan penerbangan nasional ini dari kemelutnya yang berpanjangan dan tidak berkesudahan ini.
16. Dalam fikiran penulis sudah terlakar 6 langkah cadangan konkritnya. MAS mesti berani melakukan sesuatu dan berfikir diluar kotak dan bertegas melakukan tindakan-tindakan drastik tersebut. Namun seperti biasa bisnes di Malaysia ini, akan ditentukan oleh ‘konsultan yang berjenama atau global branding’ yang dibayar berjuta ringgit.
17. Mengongsi sedikit kata-kata hikmah pengurusan: ‘Kalau anda mahu miliki apa yang belum anda punyai, maka anda perlu lakukan apa yang belum pernah anda buat’! (If you want what you never had, then you must do what you’ve never done!). Fikir-fikirkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan