KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Ketika pemimpin Umno menyatakan sokongan kepada PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, semakan mendapati parti itu paling keras menentang pelaksanaan hukum tersebut, sejak tiga dekad lalu.
Malah kenyataan dikeluarkan pemimpinnya seperti Tun Dr Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih banyak menghina undang-undang itu.
Antaranya kenyataan Mahathir pada 3 Mac 1994 kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan yang mendakwa ‘Hukuman rejam kepada penzina adalah primitif”
Dalam satu perjumpaan dengan ketua Umno di Johor pada 30 April 1992, Mahathir mengatakan “Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”
Selain itu, bekas presiden Umno itu juga mendakwa sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam, dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan, pada 14 Ogos 1994.
Malah Mahathir juga menyatakan “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini” pada majlis yang sama.
Dalam satu temubual pada 18 Ogos 1991, beliau berkata perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila dipotong tangan, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan hukuman berkenaan.
“Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup. Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam” katanya dipetik dalam majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan pada 1997.
Dalam satu temubual dengan media pada 14 Julai 1992, Mahathir berkata “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
Beliau juga pernah mmeberi amaran akan memastikan negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum selain berjanji mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hukum itu.
Manakala Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan wartawan pula menyatakan “Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.”
Pada 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan, Najib menyatakan “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan