MALAYSIAKINI
Menjadi anak lelaki tunggal dalam keluarga yang mempunyai enam saudara
perempuan, M Ulaganathan terpaksa berhenti sekolah ketika tingkatan
empat ekoran bapanya sakit.
Pada 12 Mei 2001, Ulaganathan, ketika itu 19 tahun, sedang membantu
ibunya di gerai di Balakong, Selangor, dia ditahan polis ekoran siasatan
kes pembunuhan.
Selepas 69 hari ditahan dalam lokap polis, dia pulang dengan bersama keranda.
Selepas 11 tahun, ibunya Tamil Selwee, 56, masih menjadi jawapan terhadap kisah memilukan hati itu.
Tak upaya menahan air mata dalam sidang media hari ini, dia Tamil
menyelar polis kerana masih gagal mencari pembunuh anaknya atau
memberikan alasan kematian.
Sebagai balasan, dia ditawarkan bayaran yang jumlahnya tidak diketahui.
Malah tawaran itu dibuat selepas NGO hak asasi manusia Suara Rakyat
Malaysia (Suaram) dan Majlis Peguam cuba mengusahan saman sivil terhadap
polis.
“Apa yang saya lalui, tiada sesiapa patut laluinya,” kata Tamil lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan