Jumaat, 12 April 2013

Tokoh Umno Fatimah Majid meninggal dunia

KL TODAY

KUALA LUMPUR – Tokoh politik dan seorang daripada pengasas Umno Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini. Fatimah, 94, meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi ini kerana masalah pernafasan, menurut anaknya Siti Zainab Sheikh Abu Bakar.
Allahyarham merupakan wanita pertama menjadi wakil rakyat di Johor pada 1959.

Jenayah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira 6 petang ini. Allahyarham meninggalkan lapan orang anak perempuan dan 35 cucu dan cicit.

Siti Zainab berkata Allahyarham merupakan seorang pejuang politik yang sama-sama menuntut kemerdekaan satu ketika dahulu dan begitu sayangkan bangsa dan negara.

“Hingga akhir hayatnya beliau masih sayang Umno,” kata Siti Zainab yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama dan bekas Anggota Parlimen Tebrau, Johor.

Seorang lagi anak Allahyarham, bekas Hakim Mahkamah Perusahaan, Datuk Siti Zaleha berkata Allahyarham sering berpesan supaya memperbanyak amal ibadat dan kebajikan untuk negara.

Tiada ulasan: