Dr Mahathir, semakin hampir
pilihanraya semakin merapu perlakuannya. Semakin hampir hari rakyat membuat
penentuan masa depan mereka Mahathir meningkatkan lontaran kenyataan-kenyataan
berlandaskan kepada sentimen perkauman dan tidak mempedulikan samada kata-katanya
itu dihormati atau dipandang hina oleh rakyat yang inginkan kehidupan yang
muhibbah di antara kaum di negara ini.
Isu Lim Kit Siang (LKS)
bertanding di kawasan majoriti Cina di Gelang Patah membuatkan Mahathir tidak
menentu dan beliau menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya. Seperti biasa
beliau menggunakan isu perkauman yang tidak terkira bahayanya kepada rakyat dan
negara. Walaupun rakyat sekarang tidak ramai lagi menghiraukan pandangannya
tetapi yang penting kita telah dapat mengenali Mahathir dengan lebih dalam
lagi.
Beliau menuduh yang kemenangan
LKS di Gelang Patah itu akan melenyapkan kerjasama ekonomi di antara orang
Melayu dan Cina dan akan meningkatnya pertelingkahan di antara kaum selepas
ini. Katanya lagi pergaduhan di antara
kaum akan terjadi jika BN dikalahkan oleh LKS di Gelang Patah nanti dan
berbagai-bagai lagi yang saya sudah malas untuk menyebutnya.
Nampaknya Dr Mahathir sudah
memberikan isyarat yang LKS akan menang di Gelang Patah. Beliau amat takut
untuk menghadapi kekalahan itu dan beliau terus mahukan semua rakyat merasa
takut seperti apa yang beliau rasakan. Tuduhan beliau yang malapetaka akan
terjadi jika LKS menang itu adalah bayangan ketakutan beliau. Kadangkala
semakin lama hidup semakin lemah pemikiran kita ini.
Begitu jugalah dengan Mahathir.
Kenapa beliau terlalu takut itu, beliau sahajalah yang tahu. Tetapi sedikit
sebanyak ramai rakyat tahu kenapa beliau begitu runsing jika LKS menang di
Gelang Patah. Seboleh-bolehnya Mahathir mahu semua rakyat merasa takut seperti
beliau. Seperti yang kita tahu, taktik menakut-nakutkan rakyat adalah taktik
yang sudah dijangkakan.
Mahathir begitu takut dengan
kerjasama di antara kaum dalam Pakatan Rakyat yang sedang meningkat itu.
Permuafakatan di antara kaum dalam Pakatan sekarang ini telah membuktikan yang
apa yang diisukan oleh Mahathir dan pimpinan UMNO selama ini sebenarnya
merupakan isu yang remeh dan jika LKS dan Pakatan memenangi pilihanraya kali
ini, orang seperti Mahathir yang mahukan rakyat berpecah untuk kepentingan UMNO
itu tidak akan berjaya. Rakyat semakin hari semakin yakin yang Pakatanlah yang
telah menampakkan kejayaan untuk membina kehidupan rakyat yang lebih baik dan
muhibbah.
Jika LKS menang niat Mahathir dan
UMNO untuk melihat pertelingkahan dalam hati sesama kita rakyat Malaysia
berterusan akan gagal. Rakyat sedar yang pertelingkahan kaum jika
berjaya dilanjutkan oleh pemimpin di negara ini, maka mereka dalam UMNO
dan BN itu akan
dapat mengekalkan kuasa dengan lebih lama lagi.
Itu sahaja sebenarnya kenapa Dr
Mahathir semakin hari semakin giat untuk melihat perpecahan di antara kita
berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan