Oleh Aisha Geoffrey
KUANTAN: Akibat tertekan melihat sokongan hebat penyokong
Pakatan Rakyat punca sebahagian penyokong BN di Kuantan mempamer aksi
lucah dengan mengibarkan seluar dalam putih bersama bendera parti.
Aksi
memalukan pada jam 10.20 pagi itu berlaku di Dewan Wisma Sri Pahang
ketika proses penamaan calon sedang berlangsung dan sebahagian penyokong
BN mula beredar daripada tempat berkenaan.
Calon KEADILAN Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, perbezaan
jelas sambutan penyokong Pakatan Rakyat berbanding BN memberi tekanan
kepada puak itu.
“Penyokong kita begitu ramai dan saya yakin ia mencapai enam kali
ganda dari penyokong BN. Kalau dilihat pemuda mahupun wanita BN sehingga
jam 9 pagi masih belum kelihatan, malah masyarakat Cina langsung tiada
di kelompok mereka,” katanya kepada Keadilan Daily.
Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, antara penyokong BN yang hadir
hanyalah anak-anak muda yang diupah termasuk peserta Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN).
“Mereka melontarkan kata-kata lucah sambil membawa sepanduk seperti gambar seluar dalam.
“Perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku pada hari demokrasi seperti
ini, sebagaimana kita dituntut supaya berpolitik secara matang,”
katanya.
Fuziah bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Datuk Suffian Awang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan