Oleh Sidiqin Omar
JOHOR : Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng yakin
Johor tidak lagi boleh dianggap kubu kuat BN berdasarkan kehadiran dan
sokongan rakyat negeri pada hari penamaan calon.
“Ribuan yang hadir mengiringi calon Pakatan Rakyat ke pusat penamaan
di seluruh negeri. Saya yakin keputusan 5 Mei depan sangat baik. Mereka
datang dengan semangat dan hati mereka untuk berubah.
“Kalau
kita tengok jentera BN, mereka terpaksa upah dan bawa penyokong
menggunakan bas. Penyokong kita datang secara sukarela. Di mana-mana,
ramai yang beritahu akan bantu kempen kita,” katanya kepada Keadilan
Daily.
Jui Meng berkata, maklum balas positif diterima di seluruh 12 kawasan
parlimen ditandingi KEADILAN Johor, termasuk di kawasan tradisional
Melayu dan tanah rancangan Felda.
“Semua orang nak ubah. Mereka dah buat keputusan selepas Pilihan Raya
Umum ke-12 pada 2008. Keadaan tak sama macam dulu,” kata Jui Meng
optimis.
Pesan beliau, jentera KEADILAN dan Pakatan Rakyat perlu menggandakan
kempen penerangan terutamanya di kawasan luar bandar sepanjang dua
minggu berkempen.
Beliau memetik analisis akhbar mandarin, Sin Chew Jit Poh bahawa
sokongan kepada Pakatan Rakyat di negeri ini kini berada pada tahap 45
peratus.
“Sokongan orang Melayu dan India juga meningkat. Tapi kita kena
teruskan kerja dengan lebih kuat lagi,” kata calon Segamat yang akan
menentang bekas Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Johor, Mohd
Khuzzan Abu Bakar berkata, calon-calon KEADILAN perlu lebih kerap turun
padang bertemu pengundi dan memaklumkan program mereka menggunakan media
sosial seperti facebook dan twitter.
“Selepas penamaan calon, program turun padang kita disambut meriah
dan pengundi positif dengan KEADILAN. Manfaatkan peranan media sosial
termasuk facebook dan twitter untuk berinteraksi dengan rakyat.
“Namun program bertemu pengundi secara langsung adalah penting selain
kerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat,” kata Khuzzan yang juga
calon KEADILAN P149 Parlimen Seri Gading menentang penyandang, Datuk
Seri Mohamad Aziz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan