KL TODAY
PKR
hari ini mendedahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
mempunyai saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tertunggak
berdasarkan semakan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Pengarah
Strategi Rafizi Ramli berkata hasil semakan MyEG itu menunjukkan sebuah
kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad
pengenalan Rosmah.
“Semakan
yang sama juga menunjukkan bahawa Rosmah tidak membayar dua saman AES
iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013,” kata beliau yang juga
calon Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) pada sidang
media di ibu pejabat PKR hari ini.
Menurut beliau, AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Pakatan
Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua
samannya dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih
Putrajaya manakala manifesto Barisan Nasional (BN) tidak menyentuh
langsung mengenai AES.
Katanya
lagi, “walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa
sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto BN membuat
ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaannya sekiranya BN terus
berkuasa.
Untuk
menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri
menerima atau tidak AES, Rafizi telah menjalankan beberapa semakan
untuk mengenalpasti nombor kad pengenalan Rosmah sebagai isteri Perdana
Menteri.
Beliau
juga membuat semakan untuk mengenalpasti kereta yang didaftarkan di
bawah nama Rosmah dan menyemak sama ada Rosmah membayar saman AES,
bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada
pelaksanaan AES.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan