Warden Rimas, |
Berhubung dengan perkara di atas saya mewakili seluruh kakitangan penjara khususnya anggota bawahan melahirkan rasa dukacita akan permainan politik kotor oleh Barisan Nasional.
Mereka telah memperkudakan agensi kerajaan iaitu Kementerian Dalam Negeri yang mana telah mengeluarkan surat pekeliling yang telah mengarahkan semua Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri membekukan cuti semua pegawai dan anggota tidak terkecuali bagi kami yang berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia.
Bagi saya sendiri yang hampir 23 tahun berkhidmat inilah baru kali pertama semua anggota Jabatan Penjara Malaysia telah dinafikan hak kami sebagai PENGUNDI oleh sebuah parti yang melaungkankan sistem demokrasi tetapi telah melacurkan kata-kata mereka dengan permainan politik kotor mereka yang memperkudakan agensi kerajaan.
Untuk makluman saudara bukan semuanya kami kakitangan penjara yang mengundi di tempat kami bekerja kerana pada PRU - PRU yang lepas tiada masalah bagi kami untuk balik mengundi di tempat asal masing-masing.
Bagi saya serta isteri sendiri yang telah membuat pertukaran alamat dari Johor balik semula ke Kedah tetapi atas urusan kerja kerana telah dinaikkan pangkat berkhidmat di Perak.
PRU 13 inilah kami terasa amat dukacita kerana tidak berpeluang untuk balik menmgundi di tempat dan negeri kelahiran kami disebabkan oleh mereka yang berkepentingan dan mengamal politik kotor kerana mereka merasakan PRU 13 ini Barisal Nasional akan menjadi pembangkang untuk Parlimen Malaysia.
Bagi saya inilah satu cara bagi Barisan Nasional untuk mengekalkan tampuk pemerintahan dengan cara yang paling kotor dalam sejarah PRU di Malaysia.
Saya difahamkan bahawa hampir 90% anggota Jabatan Penjara Malaysia menyokong PR pada PRU-PRU yang lepas dan juga pada PRU 13 kali ini.
Jadi sebagai warga Malaysia yang prihatin saya amat berharap agar Harakahdaily menghebohkan perkara ini untuk makluman semua parti-parti dan PAKATAN RAKYAT kerana kami anggota Jabatan Penjara Malaysia tidak mengundi secara pos.
1 ulasan:
saya kakitangan imigresen pun menerima nasib yang sama
Catat Ulasan