Roketkini.com
BENTONG Barisan Nasional (BN) diminta berundur dengan hormat sekiranya ia kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.
“Setelah 56 tahun BN menerajui kerajaan, masalah kehidupan harian dan korupsi gagal diselesaikan, malah semakin bertambah di bawah pentadbiran BN,” katanya bakal calon DAP bagi kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack.
Beliau yang juga Pengerusi NGO Himpunan Hijau yang menentang pembinaan dan operasi kilang menapis nadir bumi Lynas yang penuh kontroversi di Gambang, Kuantan.
“Misalannya di Bentong, kes perumahan di Bukit Tinggi yang terbengkalai dan masih tidak diselesai kerajaan negeri BN.
“Pembeli unit rumah pangsa itu telah menunggu selama lima tahun untuk mendapat geran kepada hartanah mereka, tetapi sehingga kini masih tidak selesai.
“Selama lima tahun ini mereka membayar ansuran pinjaman untuk pembelian rumah pangsa mereka, kunci rumah masih tidak diperoleh. Rata-rata 60 peratus daripada pemilik rumah pangsa itu adalah orang Melayu,” katanya.
Rumah pangsa itu sudah siap dibina lima tahun lalu. Kerajaan tempatan telah memberi kebenaran kepada mereka untuk menduduki tetapi kerana masalah kontrak antara pemaju rumah pangsa dan kerajaan negeri membuat sehingga kini pemilik rumah pangsa itu masih tidak mendapat kunci untuk unit masing-masing.
Setelah pemilik rumah itu banyak kali merayu kepada kerajaan negeri dan pemaju dan membuat bantahan, akhirnya pada Disember 2011 Ahli parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Exco negeri, Datuk Hoh Khai Mun menjanjikan kunci rumah pangsa mereka akan diserahkan pada Mac 2012, namun sehingga kini ia hanya tinggal janji.
Pemilik rumah begitu terdesak dan bingung dengan janji palsu BN sehingga bertindak mendirikan khemah di luar rumah pangsa terbabit sebagai membuat aksi “Occupy” (menduduki) rumah pangsa berkenaan.
“Sehubungan itu, kami Pakatan Rakyat meminta rakyat Malaysia supaya memberi kami peluang untuk mentadbir negara ini sekurang-kurangnya sepenggal bagi menyelesaikan apa yang BN tidak mampu buat.”
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Liow Tiong Lai telah meminta pengundi memberi BN lima tahun lagi. Adakah mereka tidak merasa malu? Sesudah 56 BN memerintah, masalah sebegini masih gagal diselesaikan. Cukuplah!” perlinya.-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan