Roketkini.com
BENTONGL: Tinjauan krew The Rocket ke Bukit TInggi, Bentong, Pahang, semalam mendapati sambutan penduduk kawasan itu kepada Pakatan Rakyat agak luar biasa berbanding sebelumnya.
Rakyat yang dahulunya hanya ambil peduli mengenai mata pencarian dan kehidupan aman kini tanpa segan silu menyertai gelombang UBAH di pekan penginapan terkenal itu.
Seorang pemilik restoran di pekan Bukit Tinggi, Chan Swee Sang, 62, antara ahli jentera DAP yang aktif dan bersemangat di kawasan itu.
“Dulunya, saya sekadar mengikuti politik semasa nasional secara sambilan. Namun dengan berita mengenai salah guna kuasa, rasuah dan ucapan rasis dan menghina terhadap kaum bukan Melayu daripada pemimpin BN dan kuncu-kuncu mereka yang semakin berleluasa kebelakangan ini, saya semakin marah.”
“Bisikan hati nurani saya, kalau saya hendak lihat perubahan di negara ini saya rasa tiada jalan lain melainkan menyertai pergerakan perubahan itu iaitu dengan membantu DAP secara langsung,” tegasnya.
Seorang pemuda, Goh Seng Leong, pembantu kedai tabib perubatan tradisional dan penduduk Bukit Tinggi, turut meluahkan hasratnya untuk melihat perubahan.
“Saya mahu sebuah kerajaan yang boleh melaksanakan perubahan dan membantu rakyat dengan ikhlas.”
“Malaysia kaya dengan khazanah sumber alam. Kita semua dapat menikmati manfaat bersama jika kerajaan kita adil.” Goh kini aktif membantu jentera kempen DAP di Bentong.
Pengerusi Cawangan DAP Bukti Tinggi, Low Hew Fatt pula berkata, sambutan dan sokongan penduduk di kawasannya kepada DAP dan Pakatan Rakyat jelas berbeza daripada dulu.
“Kalau dulu, rakyat berketurunan Tionghua sendiri pun kurang meminta bantuan daripada kami, payah nak sebut mereka akan menyokong kami. Sambutan daripada kaum yang lain lebih dingin.”
“Kini, kaum Tionghua secara terang-terang menyatakan sokongan mereka kepada kita. Pusat perkhidmatan kami juga kerap dikunjungi penduduk Melayu dan Orang Asli untuk meminta bantuan kami untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Kawasan Parlimen Bentong yang dikenali sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN), khasnya MCA. Pada Pilihan Raya Umum lalu, BN menang kerusi Pparlimen Bentong dengan majoriti 12,549 undi.
Pada pilihan raya kali ini yang ditetapkan pada 5 Mei ini, Wong Tack, Pengerusi NGO Himpunan Hijau dipilih bertanding sebagai calon DAP dan dijangka akan menentang Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai daripada BN.- Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan