Tak sampai 24 jam proses penamaan calon selesai semalam, beberapa artis terkenal bertaraf antarabangsa terus dikecam hebat kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak.
Mendahului senarai tentunya 'Gadis Bond Malaysia' Michelle Yeoh yang turut hadir di majlis makan malam mega di Pelabuhan Klang anjuran seorang taikun yang rapat dengan Najib.
Michelle dalam ucapannya meminta hadirin yang majoritinya kaum Cina supaya terus menyokong Najib kerana dia layak 'untuk terus mentadbir negara'.
Ucapan dan sokongan secara terbuka menyebabkan Yeoh teruk dikecam terutamanya di laman sosial Facebook milik Najib, 'Ah Jib Gor' malam tadi.
Kenyataan secara terbuka Yeoh turut menyebabkan hadirin yang sudah tiba agak lewat terus meninggalkan majlis malah ada sesetengahnya belum lagi menikmati jamuan yang disediakan.
Yeoh yang perasan akan hal tersebut terus menyampaikan ucapannya dengan mengharapkan sokongan kaum itu terus kekal kepada Barisan Nasional (BN) kononnya hanya parti itu sahaja yang boleh menyelamatkan negara.
Yeoh turut dikecam pengguna internet kerana di sebalik memainkan watak penting sebagai pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dia langsung tidak nampak pemerintahan Najib sebenarnya mirip junta tentera negara itu yang menekan rakyatnya supaya terus menyokong rejim zalim di Asia Tenggara itu.
Hal yang sama turut dialami superstar dari Hong Kong, Alan Tam yang turut mengadakan persembahan di Pulau Pinang anjuran MCA malam tadi.
Alan yang tidak mengetahui makna konsep 1Malaysia Charity Dinner, majlis sama yang dihadiri Yeoh turut menjadi sasaran pengguna Facebook miliknya hingga terpaksa menjelaskan mengapa dia membuat persembahan malam tadi.
Dia yang tidak mengetahui sokongan kaum Cina terhadap BN semakin lemah memohon maaf atas kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hti dengan sebarang tawaran persembahan di Malaysia selepas ini.
Pengguna Facebook bagaimanapun memuji pendirian seorang lagi artis antarabangsa Hong Kong, Gigi Leung yang tidak 'bersekongkol' membuat persembahan bersama Alan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
Leung yang dipuji lebih 6,000 peminatnya melalui komen di laman sosial yang sama turut meminta supaya peminatnya memahami 'keputusannya' dipercayai sudah dinasihatkan beberapa rakannya supaya membatalkan persembahan di hadapan lebih 12,000 orang yang membanjiri perkarangan Padang Kota Lama itu.
Artis band popular Taiwan, Mayday juga membatalkan persembahan mereka dan turut dipuji pengguna laman Faebook kerana berani membatalkan persembahan di sebalik sokongan kaum itu terhadap BN kekal di bawah 20 peratus di sleuruh negara.
Peminatnya di negara ini meminta supaya kumpulan terkenal itu membuat persembahan hanya setelah rejim BN ditumbangkan selepas 5 Mei nanti.
Mayday yang akur dengan permintaan peminatnya terus membatalkan kehadirannya dan dipuji lebih 14 ribu pengikut kumpulan itu di laman peminat mereka di Facebook.
Tidak hairanlah mengapa kempen Najib akhir-akhir ini sering tidak mendapat sambutan dan jika ada pun ia lebih kepada memancing undi dari menyelesaikan isu rasuah dan salah guna kuasa yang membelenggu pentadbiran negara. -jalanpulang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan