Jumaat, 12 April 2013

Abdul Khalid : PR Sasar 45 Kerusi DUN Selangor


Majlis Pecah Tanah MB 03

KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mensasarkan Pakatan Rakyat(PR) Selangor mampu memenangi sehingga 45 buah kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) akan datang.

“Sekarang kita memenangi 36 kerusi, sasaran kita ialah sampai ke 45, itu kita punya sasaran,” katanya PR perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk mendapatkan sasaran itu.

Abdul Khalid berkata demikian ketika sidang media di Majlis Penyerahan Dana Pendidikan Kepada Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) bertempat di Kompleks Tahfiz Al-Quran Sofiuddin(KOMTAS), Kampung Sungai Delek, Klang di sini hari ini.

Dalam pada itu, PKR akan mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding di Selangor pada 14 April ini di Padang Bola AU2, Hulu Klang.

Seterusnya PR Selangor pula akan mengumumkan semua calon pakatan tersebut dan termasuk pembentangan manifesto pada 17 April ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Pada PRU-12 lalu, PR Selangor berjaya menewaskan Umno-BN yang hanya memenangi 20 kerusi DUN bagi membentuk sebuah Kerajaan Negeri pada tahun 2008.

Tiada ulasan: