Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli
akan mengunjungi pejabat Bakti Wira Development Sdn Bhd di Wisma
Bousted, Kuala Lumpur, Isnin depan untuk mendapatkan dokumen pelaburan
syarikat itu.
“Kita akan ke Bakti Wira jam 3 petang, Isnin depan. Sebab itu kita bawa pencarum. Kita harap syarikat berkenaan beri kerjasama.
“Kita ada hak untuk bertanya. Macam mana mereka boleh guna duit
rakyat? Itu hak kita,” katanya pada sidang media di ibu pejabat
KEADILAN, hari ini.
Bakti Wira adalah syarikat pelaburan hartanah milik penuh Boustead
Holdings Berhad yang dipunyai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead pula bergantung kepada modal kepada
caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalur melalui LTAT.
Namun, dana Bakti Wira dalam bentuk wang pencen tentera dikesan
digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80
peratus saham terbitan Astacanggih milik Deepak dan RM130 juta untuk
membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd milik seorang pemimpin
Umno.
Rafizi berkata, bekas anggota tentera memiliki hak meneliti dokumen
itu kerana peranan syarikat hartanah itu hanya sebagai perantara bagi
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat pelaburan a mengikut
garis panduan dan amalan pelaburan baik.
“Ini lebih teruk daripada bail out,” katanya.
Beliau juga akan menghantar surat rasmi surat kepada kerajaan
Selangor Isnin depan bagi mendapatkan status terkini pindah milik 200
ekar tanah kepada Awan Megah Sdn Bhd.
“KEADILAN akan memohon kerajaan Selangor gunakan kuasanya untuk
halang,” katanya sambil menyatakan kuasa pindah hak milik tanah terletak
di tangan kerajaan negeri.
“Sekurang-kurangnya RM30 juta boleh diselamatkan,” kata Rafizi.
(Berita terdahulu: klik ini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan