KOTA BHARU:
Anak-anak muda Kelantan mendesak Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan
yang dipengerusikan Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu disiasat dan
diaudit segera kerana dibimbangi berlaku penyelewengan. Setiausaha
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke
Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa wujud percanggahan
kenyataan berkaitan jumlah wang ihsan yang diagihkan.
Ini
kerana katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyebut RM49.1
juta, manakala Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed (RM61.4
juta) dan Dr Awang Adek (RM24 juta setahun).
“Jelas
kenyataan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza mengenai wang ihsan yang
diagih kepada Kelantan.“Selain itu wang ihsan juga diagih kepada
pemimpin Umno di mana difahamkan setiap bahagian diberi RM2 juta.
“Sedangkan
sekiranya kita merujuk kepada kelulusan asal wang ihsan hanya boleh
digunakan untuk pembangunan fizikal,” katanya di sini.Menurutnya
perbuatan menggunakan wang ihsan bagi tujuan politik Umno amat
menyalahi peraturan dan pihak berkuasa perlu menyiasat segera.
Beliau
juga berkata, R akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunqn
Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan pada 3 Januari ini bagi
menuntut penjelasan daripada agensi itu berkaitan wang ihsan.Selain itu
demonstrasi serupa akan diadakan di Masjid Bandar Bachok pada 28
Disember ini selepas solat Jumaat.
Hisyamuddin
juga berkata, tahun 2013 akan diisytiharkan sebagai Tahun Tuntut
Royalti, di mana ia akan dilancarkan pada sambutan tahun baru 31
Disember ini di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan