1.
Allah beri petunjuk dalam kitab suci Al-Qur’an, surah An-Nissa, 4:58.
Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
mendengar, lagi sentiasa melihat.
2.Perlembagaan
Negara memberi kuasa, hak dan kebebasan kepada rakyat mengundi dalam
pilihan raya umum untuk memilih atau menukar kerajaan. Mengundi
kerajaan yang amanah, berhak dan adil. Sebaliknya, menulak kerajaan
tidak amanah, berhak dan adil.
3.Kepimpinnan
Perdana Menteri pertama, kedua dan ketiga, Allahyarham Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein dan Tun Hussein
Onn adalah model atau contoh kepada rakyat Malayisa, kepimpinan yang
amanah, berhak dan adil. Amanah maksudnya, tidak rasuah atau salahguna
kuasa, utamakan kepentingan diri, keluarga atau kroni.
Berhak
maksudnya, berkualiti meritokrasi seperti Barack Obama, iaitu lebih
berkebolehan berbanding dengan kepimpinan kulit puteh.
Adil
maksudnya, tidak zalim atau berat sebelah apabila menetapkan hukum atau
memberi bantuan kepada rakyat, tidak kira penyokong atau bukan
menyokong. Kerajaan yang membeza-bezakan bantuan kepada penyokong dan
bukan penyokong ialah prinsip kerajaan komunis.
1.
Kepimpinan Perdana Menteri ke-empat, kelima dan ke-enam, Dr. Mahathir
Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
menyeleweng daripada perintah Allah, dalam kitab suci Al-Qur’an surah
4:58 yang saya sebutkan tadi.
2.
Kerajaan ke-empat, kelima dan ke-enam bercanggah dengan Perlembagaan
Negara kerana majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli Barisan
Nasional atau BN. Sisterm politik BN sama seperti sistem politik
komunis. Sungguh pun pilihan raya umum diadakan tetapi kerajaan BN atau
komunis tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime
change) kerana majoriti pengundi ialah ahli-ahli BN iaitu sama seperti
prinsip kerajaan komunis.
Justeru
itu, pilihan raya umum diadakan bukan untuk menukar kerajaan.
Sebaliknya, pilihan raya umum diadakan ialah untuk menghalalkan
pemerintahan seterusnya dan membayangkan kepada dunia, kerajaan komunis
juga mengadakan pilihan raya umum seperti prinsip demokrasi.
3. Sistem
politik BN yang sama seperti sistem politik komunis diamalkan selepas
UMNO diharamkan dalam tahun 1987. Dr. Mahathir Mohamad tubuhkan UMNO
BARU dalam tahun 1988. No. Pendaftaran UMNO BARU ialah 676/88. UMNO
BARU ialah pertubuhan politik ahli-ahli.
UMNO BARU
membezakan bangsa Melayu ahli-ahli UMNO BARU dan bangsa Melayu bukan
ahli UMNO BARU. Justeru itu, UMNO BARU tidak sama seperti UMNO yang
telah diharamkan. UMNO yang telah diharamkan, ditubuhan dalam tahun
1946. UMNO yang telah diharamkan ialah pertubuhan politik bangsa
Melayu. Berikutan daripada itu, BN ialah sistem politik ahli-ahli
anggota komponen.
Ahli-ahli
BN ialah pengundi majoriti dalam negara. Justeru itu, sistem politik BN
sama seperti sistem politik komunis. Majoriti pengundi dalam Negara
komunis ialah ahli-ahli parti kerajaan komunis. Majoriti pengundi dalam
Negara juga ahli-ahli BN.
Buktinya,
pada 9hb September, 2010, Adnan Mansor, Setiausaha Agong BN, membuat
kenyataan dalam akhbar, The New straits Times, bahawa ahli-ahli BN
berjumlah 7,000,000. Dalam pilihan raya umum tahun 2008, jumlah pengundi
dalam Negara ialah 10,922,139 (SPR). Justeru itu, majoriti pengundi
dalam Negara ialah ahli-ahli BN. Maka tidak syak lagi bahawa BN ialah
sama seperti sistem politik komunis.
Sebelum
itu, Presiden UMNO, Mohd. Majib bin Tun Abdul Razak, membuat kenyataan
dalam akhbar yang sama pada 28hb Mei, 2010 bahawa ahli-ahli UMNO
berjumlah 3,159,484.
Allah sahaja yang mengetahui sebab Adnan Mansor dan Mohd. Najib membuat kenyataan tersebut di atas.
Pertama,
sebelum itu, rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa BN mengamalkan
sistem politik komunis atau sistem politik totalitarian (berkuasa secara
total atau berkuasa mutlak).
Kedua,
rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa ahli-ahli UMNO ialah minoriti
dalam BN. Apabila ditulak ahli-ahli UMNO daripada 7,000,000, maka
ahli-ahli anggota komponen bukan ahli-ahli UMNO berjumlah 3,840,516,
iaitu majoriti.
Sekarang,
rakyat keseluruhan nya, termasuk ahli-ahli BN bukan UMNO, sudah
mengetahui bahawa sistem politik BN adalah sama seperti sistem politik
kerajaan komunis, adakah rakyat dan ahli-ahli BN bukan UMNO akan
mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang?
Rakyat
keseluruhannya, termasuk ahli-ahli BN bukan UMNO adalah pengundi
majoriti. Apabila pilihan raya umum ke 13 diadakan, BN akan kehilangan
kuasa kerana ahli-ahli BN hanya minoriti.
Justeru
itu, Dewan Rakyat belum dibubarkan sehingga kini kerana Perdana Menteri
takut rakyat sudah mengetahui bahawa ahli-ahli BN ialah minoriti.
BN tidak
lagi berupaya mengamalkan sistem politik komunis atau sistem politik
totalitarian (berkuasa secara total seperti kerajaan komunis).
*Penulis
adalah bekas timbalan menteri kerajaan pusat. Beliau meletakkan
jawatan ketika PM Dr Mahathir dan baru-baru ini mengisytiharkan keluar
dari Umno untuk bersama Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan