Wartawan Buletin
HULU TERENGGANU - Perbelanjaan RM6,000,000 (6 juta ringgit) wang rakyat Terengganu bagi membina Pulau Burung menjadi sia-sia apabila projek yang dibangunkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said telah ditutup.Tinjauan yang dibuat ke pulau tersebut di Tasik Kenyir baru-baru ini mendapati papan tanda 'Close' (Tutup) diletakkan di tangga naik berhadapan jeti, menuju kompleks itu.
Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali menyifatkan projek tersebut adalah indah 'khabar dari rupa', apabila mendapati hanya tinggal empat belas ekor (14) ekor itik dan angsa yang tinggal dan sebahagian besar kompleks tersebut rosak dan terbiar.
"Hasil dari lawatan ke Taman Burung ini secara keseluruhannnya boleh disingatkatkan sebagai indah khabar dari rupa....... apa yang diberi publisiti oleh kerajaan negeri dalam media, dalam radio, dalam internet....tidak menggambarkan keadaan yang sebenarnya,
"sebab perbelanjaan yang begitu besar yang dilaburkan untuk projek seumpama ini, bukan sahaja menjadi bukan sahaja (satu projek) sia-sia tetapi tidak dapat menarik kehadira pelancong-pelancong,"ujarnya.
Beliau yang juga bekas Exco Infrastruktur dan Keudahan Asas negeri Terengganu berkata, menurut pemerhatiannya keadaan fizikal Pulau Burung tersebut juga dalam keadaan yang 'uzur'.
"banyak binaan yang runtuh.....pagar-pagar yang runtuh......dengan burung-burung (itik dan angsa) yang diimpot dari luar negeri tinggal beberapa ekor sahaja (dan) dalam keadaan yang tidak terjaga, keadaan infra taman ini (juga) membahayakan,"tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan, ditubuhkan satu pasukan khas bagi membuat kajian menyeluruh berhubung dengan pembangunan Pulau Taman Burung itu agar ia menjadi sebuah tarikan dan mencapai matlamat pelancongan negeri.
"Kalau tidak.....ia hanya menadi indah khabar dari rupa....,"tambahnya.
Turut sama dalam lawatan tinjauan tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Moha Abdul Wahid Endut dan ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan