KUALA LUMPUR:
PAS bercadang menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong,
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung pendedahan usahawan Deepak
Jaikishan.
Penyerahan itu akan dilakukan jika agensi berkaitan seperti
Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan Jabatan Peguam Negara terus membisu dengan pendedahan Deepak
tersebut.
Naib
Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata pihaknya memberi masa
sehingga dua minggu untuk agensi-agensi terbabit memulakan siasatan
terhadap pendedahan yang dilakukan usahawan karpet berkenaan.
“Kita
memberi tempoh sehingga dua minggu untuk SPRM, polis dan Jabatan Peguam
Negara memberikan respons berhubung pendedahan Deepak ini.
“Jika
tidak, kita tidak teragak-agak untuk menyerahkan memorandum ke bawah
Yang Dipertuan Agong terhadap ketiga-tiga agensi,” tegas beliau pada
sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Mahfuz
berkata pendedahan Deepak itu merupakan satu pendedahan yang bukan
sahaja menyentuh maruah perdana menteri, dan keluarga, sebaliknya turut
menyentuh maruah negara dan Yang Dipertuan Agong itu sendiri.
Mana siasatan
Beliau
turut membangkitkan persoalan mengapa tiada sebarang respons atau
siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan Deepak walaupun banyak
pihak mendesak untuk melakukannya (siasatan).
“Saya hairan mengapa di saat kita
dikatakan memiliki anggota polis yang cekap, SPRM yang telus, peguam
negara yang hebat, dalam hal Deepak ini mereka ini seolah-olahnya telah
‘disemadikan’.
“Saya
tidak kata apa yang didedahkan Deepak itu benar atau tidak. Sebaliknya
ia perlu disiasat segera memandangkan ia bukan satu perkara kecil,”
kata beliau lagi.
Dalam
pada itu, Mahfuz meminta Deepak membuktikan hubungan rapat yang
didakwanya bersama Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi
pengetahuan umum.
Katanya, Deepak boleh mendedahkan nombor telefon Najib, mahupun Rosmah kepada umum dan pihak polis agar disiasat segera.
“Deepak
mengakui dia mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib, Rosmah. Boleh
telefon bila-bila masa. Jadi, saya minta Deepak buktikan dengan
memberi nombor telefon kepada mereka kepada polis dan kemudiannya
meminta syarikat telekomunikasi mendapatkan rekod perbualan antara
mereka selama ini,” tegas Mahfuz lagi.
Deepak,
sebelum ini membuat pendedahan kepada media alternatif mengaitkan
penglibatan Najib, Rosmah dan adik Najib berkaitan akaun bersumpah
kedua penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan