KL TODAY
KUALA LUMPUR:
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan, terdapat
usaha pihak tertentu mengarahkan perwakilan hadir ke Mesyuarat Agung
(AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) esok walaupun mahkamah telah
mengarahkan ia dibatalkan.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata,beliau
mendapat maklumat, pengurus-pengurus Felda diarahkan supaya membawa
para perwakilan ke Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak esok untuk
menghadiri AGM KPF.
“Saya
terima maklumat, Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad telah arahkan
pengurus-pengurus Felda bawa perwakilan ke AGM esok walaupun ia telah
dibatalkan oleh mahkamah,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan KPF agar mahkamah membatalkan AGM KPF ke-31, esok.
Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) juga akan mengeluarkan surat pemberitahuan
kepada pengurus Felda berhubung pembatalan AGM tersebut.
Justeru
Mazlan menyifatkan arahan itu sebagai menghina mahkamah dan
menggambarkan sikap terdesak individu yang berkepntingan dalam Felda.
“Mereka
telah menghina mahkamah dan tidak akur pada keputusan mahkamah
berhubung perkara ini pada 24 Disember lalu,” tegasnya yang juga
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Beliau
turut mengingatkan para perwakilan tidak menurut arahan yang menghina
mahkamah itu dan menggesa perwakilan yang menerima rahan tersebut
membuat laporan polis.
“Saya ingatkan para perwakilan, jangan dengar arahan tersebut kerana ia jelas menghina mahkmah.
“Sesiapa yang menerima arahan tersebut boleh buat laporan polis dengan segera,” katanya lagi.
Anak sebelum ini mempertikai keputusan Panel Rujukan pertikaian SKM membatalkan AGM KPF yang diadakan pada 20 Jun lalu.
SKM
mengeluarkan surat pada 4 Disember lalu, mengarahkan KPF mengadakan AGM
ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM pada 20 Jun lalu tidak
sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.
AGM KPF yang kan dikendalikan SKM itu sepatutnya berlangsung esok tetapi telah dibatalkan mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan