Norutul Ilham
KUALA LUMPUR : Segelintir peneroka Felda yang ‘dipaksa’
berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka
ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.
Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang
3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi
sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.
Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan
dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka
digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.
“Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana,” katanya
sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak
peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.
Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily
yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu
bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.
Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke
bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi
menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.
“Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat
sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka,” katanya
yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan