MSO
Orang yang menjadi perhatian dunia politik hari ini dan
dibimbangi oleh pihak UMNO khasnya, Deepak Jaikishan mendedahkan dia
menyumbangkan RM8 juta untuk politik hasil dari penjualan saham dalam
syarikatnya Astacanggih.
Perkara didedahkan hari ini dalam satu kenyataan berhubung status
syarikatnya itu yang dipaksa dijual kepada sebuah agensi Kementerian
Pertahanan.
Hasil dari penjualan saham dalam syarikat itu beliau memperolehi RM30
juta dan wang itu diagihkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor Raja
Ropiah RM13 juta selebihnya sebagai berbagai bayaran termasuk fee
guaman.
Yang menjadi pertanyaan kini siapakah yang mendapat ganjaran RM8 juta
itu? Umum telah mengetahui Deepak berkawan baik dengan Rosmah Mansor.
Dia menganggap isteri perdana menteri itu sebagai kakaknya sendiri?
Deepak perlu menjelaskan siapa gerangan orang politik itu. Beliau tidak
boleh menyembunyikan perkara itu kerana akan timbul prejudis. Apakah
Deepak baru membuat promo selepas dia akan membuat pendedahan. Apakah
Deepak akan memilih waktu sesuai nanti iaitu setelah parlimen di
bubarkan?
Ada juga desas desus yang sampai ke telinga saya kononnya ada orang
Najib Razak sedang membuat perundingan dengan Deepak. Sejauh mana
betulnya dan untuk apa, tidak dapat dipastikan untuk waktu ini. Sesuatu
yang berbau itu akan terhidu juga sama ada cepat atau lambat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan