Saturday, May 1, 2010

Kerajaan diminta peruntukan pendidikan kepada Sabah dan Sarawak

BERNAMA


PENAMPANG - Jawatankuasa Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak menyarankan kepada kerajaan pusat supaya menambah peruntukan bagi pembangunan pendidikan khususnya di kawasan luar bandar di kedua-dua negeri itu dalam Rancangan Malaysia ke-10.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, yang juga pengerusi jawatankuasa teknikal badan khas itu, berkata ia telah mendapat laporan bahawa masih banyak kemudahan bangunan sekolah diperlukan di Sabah dan Sarawak.

"Apa yang disarankan oleh jawatankuasa khas ini berasas, misalnya, di SK Putaton di sini, ada permintaan untuk mendapatkan bangunan dan kemudahan sekolah yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dewan SK Putaton hari ini.

Dompok berkata Jawatankuasa Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak itu telah mengadakan mesyuarat dan juga mengumpul data dan maklumat balas daripada para pemimpin dan pegawai kanan kerajaan di kedua-dua negeri, dan antara perkara yang ditekankan ialah soal pendidikan.

"Turut dibincangkan ialah perkara berkaitan tanah adat (NCR) di Sarawak dan kemudahan jalan raya terutama di Sabah iaitu pembinaan jalan ke kebun-kebun agar tuan tanah dapat mengusahakan tanah mereka yang sebelum ini tidak dapat diusahakan kerana ketiadaan jalan raya," katanya.

6 comments:

2718 said...

memang amat wajar jawatankuasa ini memohon dari kerajaan untuk menambah peruntukan bagi pembangunan pendidikan di sabah/sarawak. terutama kawasan luar bandar yang masih dalam keadaan serba kekurangan. diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini.

dave said...

Setuju dgn pendapat 2718...ini kerana walaupun pada zahirnya sekolah2 di bandar secara keseluruhannya cukup dari segi kemudahan, tetapi bagi sekolah2 di luar bandar pula, keadaan adalah di sebaliknya...so peruntukan itu dapat disalurkan kepada sekolah2 di luar bandar ini...

karaabau said...

memang wajar peruntukkan bagi pembangunan pendidikan ditambah di kawasan2 luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak...banyak kemudahan2 seperti kelas, asrama, bangunan sekolah, dan lain2 yang perlu diperbaiki dan ditambah untuk keselesaan dan kegunaan guru dan pelajar di kawasan2 tersebut...dengan adanya peruntukkan yang lebih besar, maka keperluan2 ini akan dapat dipenuhi..harap kerajaan pusat akan memberi perhatian yang serius terhadap tuntutan ini.

POP said...

Memang perlu dibaiki semula kemudahan sekolah di sana. Telah bertahun-tahun kemudahan di sana digunakan maka saya harap kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini.

dave said...

Peruntukan juga perlu bagi pembinaan tempat tinggal guru2 yg mana di sesetengah tempat di Sabah adalah tidak lg sesuai utk penempatan...jika guru2 dapat tempat tinggal yg selesa,sudah pasti mereka akan lebih bersemangat untuk mengajar secara tidak langsung meningkatkan pencapaian pelajar...

tombolo said...

peruntukan bagi pembangunan pendidikan di sabah/sarawak perlulah ditambah terutamanya bagi kawasan luar bandar yang masih dalam keadaan serba kekurangan. pembangunan dalam pendidikan amat penting pada masa kini. peruntukan ini dibuat bagi memastikan sistem pendidikan di sabah dan sarawak berkembang. diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini.