MALAYSIA KINI
Sebagai tekadnya untuk mencabar suaminya, Manohara Odelia Pinot telah melantik seorang peguam Malaysia untuk meneruskan dakwaannya bahawa putera Sultan Kelantan itu pernah menderanya.
Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, dan ibunya Daisy Fajarina sepakat untuk lebih serius dalam dakwaannya terhadap Tengku Muhammad Fakhry Petra, lapor akhbar web Detik.com.
"Hari ini resmi keluarga menunjuk pengacara asal Malaysia," peguamnya Hotman Paris Hutapea dipetik berkata di Jakarta malam tadi.
manohara odlia pinot kelantan 260509Menurutnya, pelantikan peguam dari Malaysia mengisyaratkan Manohara tidak main-main untuk mengambil tindakan serius terhadap suaminya di negara ini.
"Ini menunjukan kita serius mengambil tindakan hukum," kata Hotman lagi seperti dilaporkan.
Menurut akhbar web itu lagi, Manohara merancang mengambil tiga bentuk tindakan perundangan - dakwaan jenayah, saman sivil dan permohonan cerai - terhadap Tengku Muhammad Fakhry.
Kerabat raja itu bagaimanapun menafikan semua tuduhan isterinya dan Daisy, termasuk dalam aduan polisnya di Kuala Lumpur, 11 Jun lalu.
Tengku Temenggong Kelantan juga merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya dan ibu mertuanya berhubung dakwaan-dakwaan tersebut.
Manohara melarikan diri ke Jakarta awal bulan ini dan melancarkan tuduhan-tuduhan serius terhadap suaminya, lebih dua bulan selepas dakwaan seumpamanya dilemparkan oleh Daisy, 20 April lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan