Khamis, 25 Jun 2009

Mahkamah tolak saman terhadap Siasah dengan kos

SIASAH DAILY

MELAKA : Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Wira Mohtarudin Baki menolak dengan kos saman yang dikemukakan oleh seorang bekas banduan, Amri bin Abdullah terhadap Ketua Pengarang Siasah.

Keputusan itu dibuat oleh hakim berkenaan melalui perbicaraan dalam kamarnya selepas peguambela dan Amri sendiri tidak hadir dalam perbicaraan itu.

Dalam perbicaraan itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar memohon mahkamah agar menolak saman Amri itu kerana tidak ada sebarang kes yang dinyatakan dalam samannya itu.

Tiada ulasan: