Rabu, 24 Jun 2009

Huan digesa henti buat kenyataan terbuka

MALAYSIA KINI


Pemuda Gerakan Pulau Pinang hari ini menggesa naib presiden parti itu, Huan Cheng Guan supaya menggunakan saluran parti untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana digantung dari parti itu.

"Kita bersimpati dengan beliau berhubung perkara tersebut, tetapi adalah lebih baik beliau menyuarakan masalahnya dalam lingkungan parti," kata Ketuanya, Oh Tong Keong.

Dalam satu kenyataan hari ini, Oh juga berharap Huan berhenti membuat kenyataan terbuka menyalahkan pemimpin parti itu.

Beliau juga berharap Huan akan berhenti menggerakkan para penyokongnya untuk menyuarakan rasa tidak puashatinya itu.

Jumaat lalu, parti itu membuat keputusan menggantung keahlian Huan selama tiga tahun.

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow dilaporkan berkata, keputusan menggantung Huan dibuat oleh mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CWC) parti itu.

Keputusan itu, kata Teng, dibuat selepas CWC mempertimbangkan semua fakta dan faktor terbabit.

Katanya, tindakan tersebut diambil kerana tindak tanduk Huan yang prejudis terhadap kepentingan parti itu dengan secara terbuka mengecam parti dan kepimpinannya, mengisytiharkan untuk meletak jawatan dan mengancam untuk membawa penyokongnya meninggalkan Gerakan.

Tiada ulasan: