Selasa, 26 Mei 2015

Usahawan Rompin terpaksa naik harga keropok lekor, kecilkan saiz

THE MALAYSIAN INSIDER


Harga bahan mentah turut naik kesan rantaian akibat daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015.Harga bahan mentah turut naik kesan rantaian akibat daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider,

























Seorang usahawan di Rompin, Zulfikri Ghazali, 26, terpaksa menaikkan harga jualan keropok lekornya selepas harga bahan mentah utama tanpa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) turut naik bermula 1 April lalu.

Zulkifli berkata pada mulanya beliau mampu menyerap kenaikan harga gas memasak sebanyak RM1 kepada RM28 setong sejak Mac lalu.

Malah, beliau juga masih mengekalkan harga lama keropok lekor dalam tempoh sebulan selepas GST diperkenalkan.


“Namun kini sudah jadi sebaliknya, walaupun tepung ubi tidak dikenakan GST tetapi harganya tetap naik iaitu daripada RM41 bagi paket 20 kg kepada RM45 selepas GST dilaksanakan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Online, semalam. Beliau kini mengurangkan jumlah serta berat keropok yang dijualnya.

“Sebagai contoh, keropok lekor saiz kecil sebelum ini saya jual RM1 bagi lima batang tetapi sekarang terpaksa dikurangkan kepada 4 batang saja. Harga keropok lekor saiz besar masih kekal RM3 tetapi beratnya pula terpaksa dikurangkan.

“Saya tidak nafikan memang ada rungutan daripada segelintir pembeli namun ramai yang memahami dan sudah boleh agak akan berlaku kenaikan harga selepas GST dilaksanakan,” katanya.

Tiada ulasan: