Isnin, 18 Mei 2015

Sekarang Dr Mahathir mahu kuasa PM dikurangkan

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai



Selepas mentadbir Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kuasa perdana menteri dikurangkan.

Dr Mahathir berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai "terlalu banyak kuasa" sehingga berupaya menyalahgunakannya.

"Kita beri terlalu banyak kuasa kepada perdana menteri, apabila beliau menyalahgunakan kuasa, kita tidak boleh kata apa-apa," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan selepas melancarkan buku bertajuk "Dr Mahathir selected letters to World Leaders" bahagian 2, di Putrajaya, hari ini.


Ketika diminta menamakan individu yang sesuai dan layak untuk menjadi perdana menteri hari ini, Dr Mahathir hanya berkata: "Tiada sesiapa pun." Beliau turut mencadangkan, pentadbiran kerajaan membentuk jawatankuasa seperti Kabinet yang bukan dilantik perdana menteri untuk menasihati beliau dalam pentadbirannya.

"Saya rasa kita perlu ada Kabinet luaran, mengandungi mereka yang tidak dilantik perdana menteri, dan mempunyai kuasa untuk bersuara, contohnya perdana menteri ingin meminjam duit, mereka ini yang akan menyoal siasat beliau," katanya.

Tiada ulasan: