Isnin, 11 Mei 2015

Rombak pengurusan TH, lantik wakil pembangkang

 
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat sudah tiba masanya untuk pengurusan tertinggi Tabung Haji dirombak semula pada kadar segera dan disertai parti pembangkang.


mazfuz,tabung haji

 
KUALA LUMPUR: Pas mendesak kerajaan merombak pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) dengan segera ekoran kontroversi pembelian tanah 1MDB dengan harga berlipat kali ganda lebih tinggi.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, rombakan itu perlu dilakukan segera berdasarkan situasi semasa yang menghakis kepercayaan umat Islam terhadap institusi itu.

Beliau berkata, rombakan itu melibatkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah yang baharu termasuk wakil daripada pembangkang.

“Lantikkan jawatan pengurusan tertinggi seharusnya dibuka kepada semua pihak termasuk pihak pembangkang.

“Bahkan, setiap pengurusan tertingi baharu juga harus dipilih secara telus dan melalui ‘screen test’,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas pada Isnin.

Mahfuz yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji turut mendesak satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap skandal pembelian tanah itu.

Beliau juga mempersoalkan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian tanah oleh TH itu.

“Pembelian tanah ini seolah-olah demi melegakan kesempitan aliran tunai yang dihadapi oleh 1MDB.
“Saya percaya bahawa keadaan terdesak yang dihadapi 1MDB telah memaksa syarikat itu menjual tanah TRX bagi menjana tunai dengan secepat mungkin,” katanya.

Tiada ulasan: