Rabu, 13 Mei 2015

Pemimpin Umno gesa 1MDB jangan membisu isu tuntutan hutang RM3.4 bilion

THE MALAYSIAN INSIDER



Akhbar Business Times dari Singapura hari ini melaporkan 6 bank diketuai Deutsche Ban kini menuntut 1MDB menjelaskan hutang RM3.52 bilion, 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mei, 2015.Akhbar Business Times dari Singapura hari ini melaporkan 6 bank diketuai Deutsche Ban kini menuntut 1MDB menjelaskan hutang RM3.52 bilion, 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya. – Gambar fail The Malaysian Insider. 




1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menerima tekanan berhubung kedudukan kewangannya apabila Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) menggesa pengurusan syarikat itu menjawab segera laporan media ia perlu segera membayar balik AS$975 juta (RM3.52 bilion) kepada 6 bank.

"Saya menggesa pengurusan 1MDB menjawab dahulu isu yang dilaporkan oleh pihak media ini.

"Tempoh mutakhir ini bukan waktunya untuk 1MDB berdiam diri dan membisu. "Tidak ada istilah 'elegant silence' dalam isu seperti ini," kata Reezal dalam kenyataannya.

Akhbar Business Times dari Singapura hari ini melaporkan 6 bank diketuai Deutsche Ban kini menuntut 1MDB menjelaskan hutang RM3.52 bilion, 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.

Ia berikutan pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.

Reezal berkata kelewatan 1MDB dalam menjawab isu yang dilontarkan terhadap mereka merupakan sesuatu yang "sangat tidak bertanggungjawab".

"Saya cukup yakin, sebagai kumpulan 'profesional', pengurusan kanan 1MDB ada jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini.

"Sayangnya, mereka tidak mengambil tindakan yang cepat dan gemar melihat persepsi buruk terbina terlebih dahulu," katanya.

Katanya, sikap 1MDB bakal memburukkan Barisan Nasional (BN) di mata rakyat.
"Selagi mereka lewat membuat tindakan, selagi itulah isu 1MDB 'bernanah' di mata rakyat, sekali gus mencabar wibawa dan integriti kerajaan.

"Ada ungkapan, 'Beritahu perkara sebenar, atau ada orang lain yang buat begitu'.
"1MDB mesti lebih pantas menjawab isu," katanya.

Tiada ulasan: