Isnin, 11 Mei 2015

MB: Rizab Simpanan meningkat RM3.6 bilion walaupun perbelanjaan kebajikan naik

Oleh: NAEEM RAFFI


KUALA KUBU BHARU: Rizab Simpanan Negeri meningkat kepada RM3.6 bilion berbanding RM3.4 bilion pada 28 Februari lalu walaupun perbelanjaan diperuntuk bagi pelbagai program kebajikan bertambah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata perkembangan itu membuktikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat cekap mengurus kewangan bahkan menyalur kembali untuk pembangunan rakyat.

mb-kuala kubu 1 (1)


“Berkat berlaku adil kepada semua rakyat, hasil negeri berjaya ditingkat. Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, kita berjaya mengutip hasil lebih RM1 bilion.

“Sekarang, wang simpanan Selangor sudah melonjak kepada RM3.6 bilion.

“Rezab yang besar tidak membawa apa-apa makna sekiranya rakyat tidak mendapat manfaat darinya. Jadi ia dikeluar dan diterjemahkan dinikmati rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Borang Notis 5A di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, di sini, hari ini.

Beliau memberi jaminan pengurusan ekonomi dijalankan secara telus, bertanggungjawab dan tiada kebocoran akibat rasuah mahupun penyelewengan.EZY


Tiada ulasan: