SHAH ALAM - Penglibatan Malaysia di dalam operasi di Yaman hanya untuk
membantu mengeluarkan rakyat warganegara Malaysia yang masih
terperangkap di negara bergolak tersebut.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam satu kenyataan menafikan dakwaan bahawa Malaysia terlibat dalam kempen ketenteraan kerajaan Arab Saudi memerangi pemberontak di Yaman
Katanya, dua buah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 akan ditempatkan di pangkalan tentera sementara (FOB) di Riyadh, Arab Saudi.
"FOB tersebut bertempat di Prince Sultan Air Base (PSAB) dan kemudian ke lokasi pemindahan.
"Akhirnya, rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman akan dipindahkan ke FOB dan dibawa balik ke Malaysia dengan selamat. Fokus kerajaan Arab Saudi dan tentera perikatan bertukar dari Operasi Decisive Storm kepada Operasi Renewal of Hope,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya berharap tawaran gencatan senjata yang akan ditawarkan Selasa nanti akan berterusan.
Sebelum ini, tentera perikatan yang diketuai oleh Arab Saudi melakukan operasi pengeboman di beberapa lokasi yang dikatakan sebagai penempatan pemberontak Houthi di Yaman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan