MALAYSIAKINI
PKR mengecam keras cara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
memberhentikan program melibatkan setiausaha agungnya Rafizi Ramli
dengan cara kasar.
Naib presiden parti itu Shamsul Iskandar Mohd Akin (bawah)
menyifatkan langkah pihak keselamatan merampas mikrofon ketika Rafizi sedang berucap sebuah tindakan “biadab”.
“Atas
kapasiti (gelaran) 'Taman Ilmu dan Budi', adalah menjengkelkan bagi UIA
untuk menghentikan program dengan cara biadab sedemikian, apatah lagi
ini jelas menunjukkan kelemahan UIA dalam mengangkat budaya intelektual
di kalangan mahasiswa,” katanya.
Semalam berlaku pergelutan kecil berlaku di kampus itu selepas pihak
keselamatan merampas mikrofon daripada Rafizi ketika beliau sedang
berucap berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Sebahagian mahasiswa tidak berpuas hati dengan tindakan itu dan mengebu
pegawai keselamatan sebelum berlaku insiden tolak menolak.
Dalam kenyataan hari ini, Shamsul berkata program itu yang didakwa
dipersetujui pengurusan tertinggi UIA pada awalnya dibatalkan dengan
“penuh keji”.
Rekod donat
Ia juga, kata bekas pemimpin pelajar dan alumni kampus itu lagi,
memperlihatkan lemahnya profesionalisme unit keselamatan UIA dalam
mengendalikan perkara tersebut.
Malah, ungkitnya lagi, perkara itu bukan pertama kali berlaku dan pernah
menimpa ketua Pemuda PKR yang juga exco pendidikan Selangor Nik Nazmi
Nik Ahmad.
“Malah beberapa tahun lalu, saya sendiri pernah diusir keluar dan tidak
dibenarkan solat Jumaat di masjid UIA atas sangkaan bahawa saya akan
turut berdemonstrasi bersama para penuntut universiti,” katanya.
“Apalah guna jika UIA gah di mata dunia dengan rekod logo terbesar
dengan 19, 300 donut, tetapi lemah di mata umum kerana gagal
mengislamisasikan pengurusannya dengan menjunjung budaya musyawarah dan
kebebasan akademik,” sindirnya.
Shamsul bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA pada tahun 1996 dan 1997
PKR menuntut Rektor UIA Dr Zaleha Kamaruddin tampil membuat penjelasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan