Ahad, 10 Mei 2015

Isu barua: Azmin dakwa hanya bertanya

FREE MALAYSIA TODAY

Azmin mempertahankan tindakannya dan memaklumkan telah mengemukakan salinan klip video kepada peguam.


azmin,igp



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa ceramah di Permatang Pauh baru-baru ini.

Azmin berkata beliau cuma bertanya soalan kepada Khalid semasa ceramah dan bahawa beliau telah mengemukakan salinan klip video itu kepada peguamnya.

“Saya bertanya soalan kepada IGP, bukan tuduhan tapi soalan. Adakah sekarang soalan pun tak boleh. Adakah saya perlu memohon maaf untuk bertanya soalan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada pelajar sekolah kebangsaan Tamil di Selangor.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan beliau yang dikatakan menghina Khalid dengan menggelarnya “barua UMNO” semasa ceramah politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Beliau mengulangi bahawa kenyataannya itu hanya ditujukan kepada Ketua Polis Negara dan bukan seluruh pasukan polis.- BERNAMA

Tiada ulasan: