Isnin, 18 Mei 2015

Husam putus pertahan jawatan naib presiden

MALAYSIAKINI


 


Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatan naib presiden PAS disandangnya sebelum ini, sekaligus menolak pencalonan untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan, pada pemilihan parti bulan depan.

Bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu berkata beliau mengucapkan penghargaan kepada ahli dan kawasan yang memberi kepecayaan dan harapan kepadanya untuk bertanding kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti itu.

"Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala tuju perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dalam konteks Malaysia bagi dekad-dekad akan datang.

"Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan jawatan naib presiden PAS, yang saya sandang sekarang," katanya dalam satu kenyataan.