Selasa, 19 Mei 2015

Hadi bentang RUU hudud di Parlimen

 
Presiden Pas telah memfailkan semula notis kepada Parlimen untuk membolehkan RUU Persendirian mengenai hudud dibentang dan dibahas pada sesi Parlimen kali ini.


hadi,dudud



KUALA LUMPUR: Pas akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Kelantan pada persidangan Parlimen kali ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri kepada FMT.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyerahkan semula notis kepada Parlimen untuk membentangkan RUU itu.

RUU mengenai hudud di Kelantan itu sepatutnya dibentang dan dibahaskan dalam Parlimen pada sesi lalu tetapi ditangguhkan kerana tidak cukup masa.

Mengikut Peraturan Parlimen, Hadi perlu memfailkan semula notis 14 hari sebelum dewan bermula untuk membolehkan RUU itu dibahaskan pada sesi Parlimen kali ini.

Pendirian tegas Pas untuk membentangkan RUU mengenai hudud di Kelantan telah menghangatkan lagi perselisihan pendapat antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Tiada ulasan: