RAKYATNEWS
Pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak bakal menamatkan zaman bujangnya tahun depan apabila usianya menjangkau 30 tahun.
Pada 15 April lalu, usia pelawak yang pernah digosipkan dengan Juliana
Evans dan Nora Danish ini genap 29 tahun dan persoalan bila Zizan ingin
mengakhiri zaman bujangnya sering menjadi siulan peminatnya.
“Biarpun saya pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon cantik,
tidak semestinya kecantikan menjadi pilihan utama saya memilih
seseorang gadis sebagai isteri.
“Saya tidak kisah sangat tentang paras rupa kerana kriteria yang paling
penting adalah keserasian. Selain itu, gadis berkenaan perlu menghormati
keluarga dan memahami kerjaya saya,” katanya, memetik laporan Kosmo!.
Sementara itu, apabila ditanya kepada ibunya, Anai Ibrahim mengenai
calon isteri Zizan, ibunya berkata dia tidak kisah dengan sesiapa pun
pilihan Zizan.
“Saya tidaklah terlalu mendesaknya sangat, cuma saya ada bertanya bila lagi dia mahu berkahwin.
“Namun begitu, dia cuma menjelaskan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya terlebih dulu,” kata Anai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan